Sunday 9 December 2012

Grimm Me That! Manyak Best!

Give me that Grimm! Hahaha tergila-gilakan cerita ni pulak. Dahla dorang stop production Season 2 kejap, sempena nak bagi peluang untuk eberibodi menyambut holiday hujung tahun ni. Hai buat i tertunggu-tunggu je. Sekarang Season 1 kan ada tayang kat TV2, setiap Selasa, 12.30 malam. Untuk info ringkas versi TV2, boleh la menjengukkan leher jinjang tak jinjang anda ke sini: Grimm TV2. Tapi untuk info versi saya. . .

Siapa pernah dengar tentang Grimm's Fairy Tales? Koleksi cerita-cerita dongeng masyarakat German tersebut pertama kali diterbitkan pada 1812 dengan nama 'Children and Household Tales'. Dikatakan bahawa cerita-cerita macam Little Red Riding Hood, Snow White, Cinderella, Rapunzel dan banyak lagi yang ditulis oleh adik beradik Grimm, Jacob dan Wilhelm ini asalnya mempunyai banyak unsur keganasan dan kekejaman...tapi cerita-cerita tersebut telah diubahsuai supaya lebih sesuai dengan kanak-kanak. Mungkin itulah ilham disebalik cerita TV Grimm.

grimm, nick, monroe, blutbad, blutbaden, hank, tv show
Monroe, Nick dan partner Nick, Hank...bersama Hantu Kucing yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.tanpa mereka sedari...Miu. Rawr!
[ Abaikan caption italic dan bahagian berkaitan pada gmbar di atas ye. Itu bukan sebahagian dari TV Show tersebut. Hehe. ]

Grimm berkisar tentang seorang detektif polis, Nick Burkhardt yang dilakonkan oleh David Giuntoli hencem yang mewarisi kebolehan turun temurun dari moyangnya, Grimm untuk melihat makhluk ala-ala kehaiwanan (the best istilah yang daku boleh gunakan untuk describe makhluk2 itu) tetapi kelihatan seperti manusia yang digelar Wesen (sebutan Ves-sin). Hebat gak istilah-istilah yang dorang gunakan untuk makhluk2 tu contohnye Blutbad (sebutan Bloot-baat) untuk makhluk yang kelihatan seperti serigala. Kalau banyak-banyak Blutbad, disebut sebagai Blutbaden...huahua sebutan dia pun menarik, German kan. Bila try sebut rasa cam macho pulak. Dahlah dalam cerita ni Adolf Hitler tu konon-konon adalah seorang Blutbad jugak. Hakhak...Nick ada awek chomel bernama Juliette Silverton (Bitsie Tulloch) yang mana akan menjadi catur permainan yang semakin penting dalam Season 2. Dan ramai Wesen yang menjadi sahabat kepada Grimm ini seperti seorang (seorang ke seekor?) Blutbad bernama Monroe, seorang Fuchsbau dan seorang Eisbiber (bukan Justin Bieber k! X kuasa i.) Grimm ini hanya akan menentang Wesen dan orang yang jahat sahaja, lain dengan memoyang die yang hapuskan semua Wesen. Bila tengok cerita ni macam tengok CSI + Animal Planet + belajar Sejarah pun ada. Haha...rasanya inilah pelajaran Sejarah yang paling menarik walaupun fiction sahaja dalam hidup saya~~ Tengok cerita bergenre police procedural dan supernatural ni yep, jangan tak tengok!

grimm, best, nick, monroe, tv show, blutbad, blutbaden 

No comments:

Post a Comment

Hi...any thoughts to share? Kamon and komen...dont shy-shy. You shy i not shy.