1. Jangan sibuk nak bercinta tapi study malas. Ni la tip no 1 aku letak sebab ni la perangai meroyan para remaja nombor satu dari dulu sampai sekarang dan ni la tip paling cliche jugak haha. Ada yang study sama-sama, result cemerlang sama-sama kira okla jugak kan.Tapi kebanyakannya kita tengok sekolah rendah lagi dah berkapel. Tulis ayat cinta kemain lagi...dengan status facebook nya..kalah lirik lagu hindustan. Tu baru time bercinta kalau time clash? Ayat tangkap leleh berbaldi-baldi keluar. Janganla jiwang je lebih yang lain hancus...satu dunia baca kisah cinta ko tapi endingnya cinta monyet jugak, ataupun tak ke mana jugak. Buat bazir asid perut orang je muntah hari-hari. Ihik..jangan marah ye dik, aku pun pernah bazirkan asid perut org gak tapi pada usia yang sesuai la. Time sekolah rendah kita takat admire bodoh2 je, masih berebut makanan sesama adik beradik, jatuh cinta berangan pun (kalau aku la kan) dengan watak Power Rangers, Otromen yang macho tu...pastu petang-petang gi kat parit depan rumah kaut berudu pakai cawan plastik. Hahahahaha.
Kajian membuktikan pertumbuhan leher sesetengah pelajar meningkat banyak semasa peperiksaan. |
2. Jangan mudah percaya kata-kata lelaki/perempuan. Bukan lelaki je yang casanova, pompuan pun sama. Berapa ramai yang patah hati dipermainkan? Biarla janji manis macam mana pun, berpada-pada la k. Yang rasa diri dah tahap remaja peringkat akhir pulak dah terpikir-pikir nak berlaki berbini tu nak pilih pun cari la yang sanggup bersusah senang sama-sama. Ada pompuan yang tengok si lelaki naik motor je terus pandang sebelah mata, kalau tak berharta tak berbanglo tak berpangkat, jangan harap la nk tegur. Yang lelaki pulak nak yang cantik2, ada yang target pompuan berkerjaya sebab nak senang, atau nak kikis duit. Sepatutnya mindset lelaki kene pikir berapa lama la kamu nak isteri kamu berkerja? Sampai ke bercucu? (Kalau niat memang betul nak buat bini kan.)
Kata-kata manis bahaya macam gula, terlebih sangat boleh bawa kencing manis. |
3. Berani kerana benar. Katakan kebenaran walaupun pahit. Sebab kadang-kadang bila kita tak berani nak cakap benar, mungkin sebab malu atau rendah diri ke, kita sendiri yang jadi mangsa. Contoh dalam kerja atau dalam pergaulan. Hahah cakap memang macam senang kan? Nak buat tu susah gila. Kadang-kadang situasi tu rumit dan kita kena jaga hati macam-macam orang. Takpala...try la seboleh mungkin buat bila dapat buat. Kita semua ada kelemahan. Level keberanian masing-masing ada berbagai-bagai. So let's just try our best to be better than what we are today. Semakin kita dewasa, semakin banyak yang kita dah lalui dan pengalaman kita akan mematangkan kita. Kita akan sedar sesetengah benda lebih penting dari sesetengah yang lain, kita lebih berani nak suarakan pendapat dan kita belajar untuk lebih berani menghadapi benda-benda yang tak pasti dalam hidup kita.
Gandhi said it. |
4. Jangan biarkan sesiapa memaksa korang melakukan perkara yang tidak patut korang lakukan. Percayalah, korang tidak akan menyesal melakukan perkara yang betul. Tapi ingat, tidak patut dan tidak ingin tu boleh jadi berbeza tau. Mak suruh stay je kat rumah jangan keluar merayau malam2, tapi sebab kau taknak dengar dan tak suka kena paksa kau buat jugak. Kan dah padan muka jatuh longkang. Rupanya besi penutup longkang depan rumah kena curi so longkang ternganga luas menunggu mangsa. (Sukati aku je buat cerita kan)
Anak gajah tak bersalah pun boleh jatuh longkang. |
5. Jika ada masalah luahkan dan minta pendapat kawan-kawan yang dipercayai. Jangan sampai masalah melarat atau korang salah ambil tindakan dan akhirnya jadi mangsa diri sendiri. Lagi satu, internet tu adalah sumber info yang amat luas kalau korang pandai guna. Contohnya bagi yang mengalami depression atau kemurungan, boleh cari tips untuk kurangkan depression (dah cari tips jangan pulak malas nak cuba), cari makanan apa yang boleh memperbaiki mood seperti banana, vitamin B kompleks dsb. Ni untuk info diri sendiri la...kalau perlu jumpa doktor pegila jumpa doktor. Jangan salah guna internet pulak k.
Choose good friends, save straying friends. Pilih kawan yang baik, tolong kawan yang hanyut. |
6. Pergi mana-mana berteman atau informkan pada sesiapa sebab sekarang ni banyak sangat kes budak hilang. Tahap jenayah sekarang semakin menggila. Sesetengahnya pulak bukan sebab kena culik orang jahat tapi sebab ikut boipren. Ada jugak kes pukau. Makcik pun boleh pukau dan scam orang. Ish3...
7. Tau la kan ada pinjaman PTPTN ke biasiswa ke...kalau pandai boleh jadikan investment untuk masa hadapan. Cth: Buat lesen keta/motosikal (nanti dah habis belajar nak cari kerja senang, kurang satu problem iaitu nak gi mana-mana orang tak payah hantar). Nak buat lesen lori pun boleh jugak, tak rugi pun kot korang nak keje pemandu lori ke, ataupun saja-saja nak luaskan pilihan pekerjaan korang. Eh siyes ni! Atau jadi modal business. Jadi usahawan kecil-kecilan dulu ke. Ada orang tak lama lepas graduate je boleh bukak klinik sendiri. Ini cerita betul tau. Nak tipu buat mende, bukan korang baling duit dalam mulut aku pun bila aku bercerita. Hahah.
Kalau nak baling pun silakan. |
8. Respect dan jaga diri sendiri. In the end u alone have control on ur life and happiness. Zaman sekarang kalo diri susah berapa ramai sangat yang nak tolong, kot pijak and hina lagi ada. Respect diri, jaga diri, jangan terlibat dengan benda yang merosakkan diri dan u maximise ur chance in having a good life. Dan apa-apa pun pintu taubat sentiasa terbuka. Kalau rasa korang tak cukup baik jadi berubahlah ke arah kebaikan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, alah bisa tegal biasa. Walaupun tak perfect tapi at least mencuba. Orang mungkin tak nampak effort kita tapi Tuhan Maha Mengetahui. The rewards from God is the greatest. Tapi kalau rasa korang cukup baik, tolongla yang kurang baik. Tapi jangan syok sendiri plak ye hehe.
9. Jangan malu bertanya. Malu nak tanya sorang, ada ramai lagi yang boleh tolong. Kalu malu sgt bertanya jangan plak malas buat research. Kalau tak buku, internet kan ada tapi jangan ikut internet membabeng buta.
Research, research jugak. Tanya, tanya jugak. Kang kalau tak tanya jadi x paham. Ternganga. |
10. Tak pandai takpa, jangan malas berusaha. Talent is nothing without effort and hard work. Contohnya kalau pandai buat kek dan dok sebut nak meniaga tapi duduk terbongkang depan TV hari-hari korek idung tengok drama Korea, tunggu tepung gula telur baking powder jatuh ke riba, mungkin uban kat kepala dulu yang gugur menyembah riba kamu. Hehehe.....
The ultimate couch potato cat. Remote pun tak mampu nak capai. |
11. Remember, menyesal kemudian takda guna. Lagi teruk rasa menyesal kalau disebabkan kecuaian dan tak endah oleh diri sendiri. Nak tahu mcm mana rasanya? Tanyalah sesiapa yang pernah merasa dan sanggup bercerita, pikir-pikirkan dan ambillah iktibar.
Tanyalah kuceng bermuka menyesal ni. |
Ini lah secebis pesanan dari insan yang teramat lemah dan banyak kekurangan. Aku tau mungkin korang dah banyak kali dah dengar pesanan macam ni kan, dah muak gile sampai tak lalu makan tiap kali orang sebut, tapi aku pernah remaja jugak, zaman kita mungkin tak sama tapi ketamakan, kedengkian, kejahatan, kekejaman manusia sentiasa ada. Eh tak tau la kan kalo sekarang orang masih gelarkan aku remaja sebab babyface. (*muntah* penipuan yang paling besar terhadap diri sendiri!)
Penipuan yang tengah berlangsung dalam otak aku. Semakin dewasa semakin babyfaced. |
No comments:
Post a Comment
Hi...any thoughts to share? Kamon and komen...dont shy-shy. You shy i not shy.