Friday, 12 September 2014

Yes Your Highness The Mighty Empress Ko Lah Pujaan Hatiku

Aku tengah buat keja. Terkejar-kejar sementara orang lain blur n rilekkkk je...TGIF katakan..xtau TGIF? Thank God It's Friday...hurhurhur. Memang nak anta arini jugaklah keja tu. Wajib! Tapi rupanya ada lg sikit kena tambah. So aku pun terkial2 la buat. Org yang patut tolong hilang sekejap xtau pegi mana. Ok-kayyy xpa masih ada masa.

Baru nak tekun menuju concentrate tahap dewa, aku dipanggil mengadap 'The Empress' (maharani nama diberi beb). Ada org yg stail tak reti bahasa dok kacau dia beberapa hari dah disebabkan benda yang bukan dalam kawalan kitorang. Panas hati la dia pastu bebel memanjang kat aku dan seorang 'dayang' dan seorang 'pengawal istana' yang dia panggil jugak kemudiannya. Sebab kitorg yang bertanggungjwb sediakan benda tu wlpn bukan kitorg yg jd punca isu delay.

Ko bayangkn, ko dhla tengah rushing nk kejar keja ko, ko kena gi ngadap orang n dgr pulak bebelan PAAAAANJAAAANNGG yg DIULANG-ULANG-ULANG-ULANG LEBIH 5 KALI (lebih 10 kali kot gamaknya) dengan suara yang B.I.S.I.N.G G.I.L.A B.A.B.E.N.G.

Eeeeiiiii biiiissssiiinnggg dan nonstop sampai aku rasa nak cabut telinga sendiri. Korang paham tak? Paham tak rasa ni?

Aku angguk dan iyakan yang mana patut. Pastu bagi cadangan tapi dalam dua tiga kali cubaan jugak la baru dpt cakap ayt penuh. Ibarat ko baru cakap sepatah terus kena potong dengan bunyi chainsaw.

Aku : Twi- ...
Chainsaw : BZZEENGGG!!!
Aku : Twi- ...!
Chainsaw : BZZEENGGG BZZEENGGG!!!
Aku : Twink- ...!
Chainsaw : BBZZZZZEEEeeeeEEEEeeeEENNNGGG!!!!!!!!
Aku : Twinkle twinkle little star. (Suara rilek muke ketat mood mendidih)
Chainsaw : Bzeng bzeng bzeng bzeng.

Dan aku biar The Empress membebel lagi sambil menunggu detik sesuai nak blah. Dapat je peluang aku terus memberi ucapan penutup dan bergerak ke pintu. Nampaknya si dayang dgn pengawal istana pun tak sabar nak blah sebab aku start gerak je dorg pn ikut gerak. Kesian si dayang kena stay kejap untuk dengar amanat bermutiara kata extra dari The Empress manakala aku terus sambung keja aku dengan tahap keasidan pH 0.5 dan kekerasan muka tahap muka yang direndam n kering dalam konkrit. Kalo senyum pun muka tetap nampak macam Ju-On kot.

Dalam keadaan tersepit cuma boleh kata yes, ok, maybe, what about...The Empress bebel panjang gitu ada satu perkataan yang aku ingiiiinnnnn sangat nak sebut tapi tak mampu. 

Iaitu SHADDAP.

Adat kuli la katakan mana boleh lawan tokey...aku sedar gak aku ni cetek ilmu.

Yes Your Highness The Mighty Empress Kaulah Pujaan Hatiku. Anything u say i will listen listen listen.

Sobsob.

No comments:

Post a Comment

Hi...any thoughts to share? Kamon and komen...dont shy-shy. You shy i not shy.