Wednesday, 9 January 2013

Apa Yang Dia buat Tu?

Dia tunduk diam...kemudian kaki kuis-kuis sesuatu di atas lantai. Lepas tu simpan balik kaki yang menguis tadi.

Tengok orang sebelah. Diam. Pastu tengok lagi. Sepatah kata pun tak keluar dari mulut.

Tiba-tiba tengok depan. Tangan dua-dua hulur ke depan macam tangan robot. Badan digoyang, diatur-atur sikit. Pastu tangan tu diturunkan balik.

Sepanjang masa jeling-jeling, toleh-toleh pastu tengok-tengok kaki, kuis-kuis. Rupa-rupanya...



Yang dia tengah buat tu.....tu.....solat, tapi...



...solat si kecik yang ikut orang dewasa! Siap kuis sejadah ngan kaki nak kasi rapat lagi ngan sejadah orang sebelah, pastu terernya nak check badan mengadap betul-betul tak arah kiblat, tapi boleh pula check masa tengah solat. Hahaha. Bagusnya anak kecik nak belajar solat.

* * * * * * *
Sedikit petikan:
- Dari Mutharrif Ibnu Abdullah Ibnus Syikhir dari ayahnya, dia berkata: Aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sedang solat, dan di dadanya ada suara seperti suara air yang mendidih kerana menangis. Dikeluarkan oleh Imam Lima kecuali Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh Ibnu Hibban
- Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu berkata: Pernah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat sambil menggendong Umamah putri Zainab. Jika beliau sujud, beliau meletakkannya dan jika beliau berdiri, beliau menggendongnya. Muttafaq Alaihi. Dalam riwayat Muslim: Sedang beliau mengimami orang.

No comments:

Post a Comment

Hi...any thoughts to share? Kamon and komen...dont shy-shy. You shy i not shy.