Sunday, September 21, 2014

Eleh...Tak Penting Pun Bahasa Inggeris Tu...

Ha'ah korang...memang tak penting pun la blaja n memahirkan diri dengan bahasa omputeh ni...

Pertama! Memang tak penting pun kalo nak gi melancong...korang semua ada impian ni kan...senang je pilih tempat yang korang fasih akan bahasanya cth: pandai cakap Jepun gi Jepun, pandai cakap Cina atau Kantonis dengan segala dialeknya gi la Taiwan, Hong Kong dsb, pandai cakap Korea gi Korea pandai German gi Germany bla bla yadda yadda...tak perlu cakap omputeh pun dengan dorang sebab kita kan dah pndai bertutur bahasa ibunda mereka. Tiap tahun blaja bahasa baru sebab nk gi melancong tempat baru. Ataupun tiap tahun melancong satu tempat je sebab tau satu bahasa je. Tapi jangan risau la, paling teruk pun boleh pakai bahasa isyarat kalau tak tahu sangat kan. Tak kisahla kalau korang dah emergency dan desperate nak gi toilet tapi orang ingat korang isyaratkan nak gi menari kat kelab kan. Mana taknya terkepit2 terjengket2 macam menari Michael Jackson. Ditunjuknya kelab kat kau siap tunjukkan jalan lagi...tak jauh katanya. Sekejap je katanya.

Kalau sempat sampai ke toilet (toilet kat kelab pulak tu haha) dalam perjalanan yang 'sekejap' tu alhamdulillah.........bergantung jugak kan sekejap tu sekejap mana...terlambat 1 saat pun boleh memberi impak yang besar amat...hurhurhurrr.....ah kalau susah sangat sayangi negara kita cuti2 Malaysia je tiap tahun. Hehe. Berlambak tempat cantik2 aku tak penah pegi lagi. Tunggu fulus melimpah kuar dari bank dulu lah. Siiikiit lagiii niii nak melimpah dari piggy bank syiling seposen-seposen.

Kedua~ Memang tak penting pun sebab kalau gagal subjek omputeh subjek lain kan ada...nak cari keje janji subjek lain ok dan pass maka besar la peluang kita dapat kerja dan mngembangkan kerjaya kita sekembang perut ibu mngandung.

Ketiganya kawan-kawan...memang tak penting pun sebab negara kita xda omputeh yang dtg sini. Kemungkinan bertembung dgn dorang adalah sangat tak mungkin k, kosong bak lagu najwa latiff kosonggg kosong-ong~~ sebab dorang tak datang so xla kita malu sangat sebab tak sorang pun makhluk dari luar mesia yang tau kita x kesah pun tak blaja bahasa global tu...aiman tak kesahhh...

Keempat, memang tak penting sebab semua student2 kita memang kompom blaja kt malaysia ni je. Ape kelas pegi blaja luar negara? Kan? Kat malaysia ni seme kursus ada, seme buku rujukan dan istilah dalam bahasa yang kita paham, xperlunya bahasa omputeh bagai. Teknologi kita maju gile kot, x perlu lah nak kongsi2 atau blaja2 dengan dunia luar tu. Kamus dwibahasa yg ada bahasa inggeris memang tak laku langsung kat kedai buku, berhabuk dan jadi alat pengimbang kaki meja je (teruknya kaki meja yang satu tu pendek sangat ke sampai perlukan kamus yang tebal tu nak imbangkan?). Alat bantu pembelajaran bahasa omputeh pun xda orang yang nak jual sebab memang takda orang yang akan belinye.

Ke-5, memang tak penting sebab movie omputeh memang siap2 dah masuk sarikata yang kita paham. Hebat kan omputeh boleh translate terus untuk kita, xyah susah2 kita nak blaja bahasa omputeh tu semata-mata nak paham movie dorang yang best2 itu.

Yang keenamnya....Memang tak penting sebab orang ketawakan kita dalam bahasa omputeh pun kita takkan tahu. Jadi hati tak sakit. Bahagia je hidup. (Aiks sapa nak gelakkan kita macam tu, kan baru tadi cakap xda omputeh datang ke mesia lgpun ngara kita takda hubungan ngan negara luar. Olimpik ke apa2 tournament ke mana kita ada join. Kebimbangan yang sungguh tidak berasas derrr)

Ketujuh...! Ni berkenaan dengan mereka yang saat kebuntuan menghadapi masalah selalu cari jawapan kat internet. Masalah pc, masalah software, masalah kesihatan, masalah cinta, masalah anak kucing anak jerung anak kambing semua cari kat internet. Kalo ada problem masa buat kerja kat pc, sesetengah yang rajin dan tau sikit dia boleh try klik link Help dalam pc tu..macam microsoft office kan ada help assistant lagi. Semuanya kompom 100% tak pakai bahasa omputeh tau! Jadi tak penting pun bahasa omputeh ni. Alah setting komputer boleh tukar kan. Biarpun korang pegi cyber cafe atau kat opis memang boleh tukar setting komputer sesuka hati pon. X perlu password admin segala bagai. Internet pun macam2 bahasa ada. Apa yang ada dalam satu bahasa kompom ada dalam bahasa lain gak. Kompom! So kita xda masalah la nak pahamkan..........hurhurhur.

Eh kenapa plak ada dua tiga perkataan omputeh terselit di sini..aku tak paham pun maksud dia. Aku main redah je masukkan kat sini. Sekadar hiasan je...

Banyak lagi aku boleh nyatakan sebab ketidakpentingan blaja bahasa inggeris ni..tapi penat la taip. Jari ada satu je...(taip pakai henpon la..jangan salah paham ingat kita ni alien plak ada satu jari jer).

Oh don wori kat planet alien pun mana ada dorang kenal bahasa inggeris tu ape.

So macam mana? Korang rasa2 penting ke tak penting ni.........Kekekekeke.

P/s : Maaf andai bicara tak seindah wayang bersiri rindu awak 200% k...walaupun tak sempurna dan ayat ntahapehape harapnya warkah yang terkuar dari hujung jari daku hari ini (Expecto Patronum!!!~~~) dapat difahami korang seme. Tenkiu ihik.

Tuesday, September 16, 2014

Cuma Pesanan Dari Ex-Remaja Untuk Remaja

1. Jangan sibuk nak bercinta tapi study malas. Ni la tip no 1 aku letak sebab ni la perangai meroyan para remaja nombor satu dari dulu sampai sekarang dan ni la tip paling cliche jugak haha. Ada yang study sama-sama, result cemerlang sama-sama kira okla jugak kan.Tapi kebanyakannya kita tengok sekolah rendah lagi dah berkapel. Tulis ayat cinta kemain lagi...dengan status facebook nya..kalah lirik lagu hindustan. Tu baru time bercinta kalau time clash? Ayat tangkap leleh berbaldi-baldi keluar. Janganla jiwang je lebih yang lain hancus...satu dunia baca kisah cinta ko tapi endingnya cinta monyet jugak, ataupun tak ke mana jugak. Buat bazir asid perut orang je muntah hari-hari. Ihik..jangan marah ye dik, aku pun pernah bazirkan asid perut org gak tapi pada usia yang sesuai la. Time sekolah rendah kita takat admire bodoh2 je, masih berebut makanan sesama adik beradik, jatuh cinta berangan pun (kalau aku la kan) dengan watak Power Rangers, Otromen yang macho tu...pastu petang-petang gi kat parit depan rumah kaut berudu pakai cawan plastik. Hahahahaha. 
Kajian membuktikan pertumbuhan leher sesetengah pelajar meningkat banyak semasa peperiksaan.
2. Jangan mudah percaya kata-kata lelaki/perempuan. Bukan lelaki je yang casanova, pompuan pun sama. Berapa ramai yang patah hati dipermainkan? Biarla janji manis macam mana pun, berpada-pada la k. Yang rasa diri dah tahap remaja peringkat akhir pulak dah terpikir-pikir nak berlaki berbini tu nak pilih pun cari la yang sanggup bersusah senang sama-sama. Ada pompuan yang tengok si lelaki naik motor je terus pandang sebelah mata, kalau tak berharta tak berbanglo tak berpangkat, jangan harap la nk tegur. Yang lelaki pulak nak yang cantik2, ada yang target pompuan berkerjaya sebab nak senang, atau nak kikis duit. Sepatutnya mindset lelaki kene pikir berapa lama la kamu nak isteri kamu berkerja? Sampai ke bercucu? (Kalau niat memang betul nak buat bini kan.)

Kata-kata manis bahaya macam gula, terlebih sangat boleh bawa kencing manis.
3. Berani kerana benar. Katakan kebenaran walaupun pahit. Sebab kadang-kadang bila kita tak berani nak cakap benar, mungkin sebab malu atau rendah diri ke, kita sendiri yang jadi mangsa. Contoh dalam kerja atau dalam pergaulan. Hahah cakap memang macam senang kan? Nak buat tu susah gila. Kadang-kadang situasi tu rumit dan kita kena jaga hati macam-macam orang. Takpala...try la seboleh mungkin buat bila dapat buat. Kita semua ada kelemahan. Level keberanian masing-masing ada berbagai-bagai. So let's just try our best to be better than what we are today. Semakin kita dewasa, semakin banyak yang kita dah lalui dan pengalaman kita akan mematangkan kita. Kita akan sedar sesetengah benda lebih penting dari sesetengah yang lain, kita lebih berani nak suarakan pendapat dan kita belajar untuk lebih berani menghadapi benda-benda yang tak pasti dalam hidup kita.

Gandhi said it.
 4. Jangan biarkan sesiapa memaksa korang melakukan perkara yang tidak patut korang lakukan. Percayalah, korang tidak akan menyesal melakukan perkara yang betul. Tapi ingat, tidak patut dan tidak ingin tu boleh jadi berbeza tau. Mak suruh stay je kat rumah jangan keluar merayau malam2, tapi sebab kau taknak dengar dan tak suka kena paksa kau buat jugak. Kan dah padan muka jatuh longkang. Rupanya besi penutup longkang depan rumah kena curi so longkang ternganga luas menunggu mangsa. (Sukati aku je buat cerita kan)
Anak gajah tak bersalah pun boleh jatuh longkang.
5. Jika ada masalah luahkan dan minta pendapat kawan-kawan yang dipercayai. Jangan sampai masalah melarat atau korang salah ambil tindakan dan akhirnya jadi mangsa diri sendiri. Lagi satu, internet tu adalah sumber info yang amat luas kalau korang pandai guna. Contohnya bagi yang mengalami depression atau kemurungan, boleh cari tips untuk kurangkan depression (dah cari tips jangan pulak malas nak cuba), cari makanan apa yang boleh memperbaiki mood seperti banana, vitamin B kompleks dsb. Ni untuk info diri sendiri la...kalau perlu jumpa doktor pegila jumpa doktor. Jangan salah guna internet pulak k.

Choose good friends, save straying friends. Pilih kawan yang baik, tolong kawan yang hanyut.
6. Pergi mana-mana berteman atau informkan pada sesiapa sebab sekarang ni banyak sangat kes budak hilang. Tahap jenayah sekarang semakin menggila. Sesetengahnya pulak bukan sebab kena culik orang jahat tapi sebab ikut boipren. Ada jugak kes pukau. Makcik pun boleh pukau dan scam orang. Ish3...

 

7. Tau la kan ada pinjaman PTPTN ke biasiswa ke...kalau pandai boleh jadikan investment untuk masa hadapan. Cth: Buat lesen keta/motosikal (nanti dah habis belajar nak cari kerja senang, kurang satu problem iaitu nak gi mana-mana orang tak payah hantar). Nak buat lesen lori pun boleh jugak, tak rugi pun kot korang nak keje pemandu lori ke, ataupun saja-saja nak luaskan pilihan pekerjaan korang. Eh siyes ni! Atau jadi modal business. Jadi usahawan kecil-kecilan dulu ke. Ada orang tak lama lepas graduate je boleh bukak klinik sendiri. Ini cerita betul tau. Nak tipu buat mende, bukan korang baling duit dalam mulut aku pun bila aku bercerita. Hahah.
Kalau nak baling pun silakan.
 8. Respect dan jaga diri sendiri. In the end u alone have control on ur life and happiness. Zaman sekarang kalo diri susah berapa ramai sangat yang nak tolong, kot pijak and hina lagi ada. Respect diri, jaga diri, jangan terlibat dengan benda yang merosakkan diri dan u maximise ur chance in having a good life. Dan apa-apa pun pintu taubat sentiasa terbuka. Kalau rasa korang tak cukup baik jadi berubahlah ke arah kebaikan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, alah bisa tegal biasa. Walaupun tak perfect tapi at least mencuba. Orang mungkin tak nampak effort kita tapi Tuhan Maha Mengetahui. The rewards from God is the greatest. Tapi kalau rasa korang cukup baik, tolongla yang kurang baik. Tapi jangan syok sendiri plak ye hehe.

9. Jangan malu bertanya. Malu nak tanya sorang, ada ramai lagi yang boleh tolong. Kalu malu sgt bertanya jangan plak malas buat research. Kalau tak buku, internet kan ada tapi jangan ikut internet membabeng buta.
Research, research jugak. Tanya, tanya jugak. Kang kalau tak tanya jadi x paham. Ternganga.
 10. Tak pandai takpa, jangan malas berusaha. Talent is nothing without effort and hard work. Contohnya kalau pandai buat kek dan dok sebut nak meniaga tapi duduk terbongkang depan TV hari-hari korek idung tengok drama Korea, tunggu tepung gula telur baking powder jatuh ke riba, mungkin uban kat kepala dulu yang gugur menyembah riba kamu. Hehehe.....

The ultimate couch potato cat. Remote pun tak mampu nak capai.
 11. Remember, menyesal kemudian takda guna. Lagi teruk rasa menyesal kalau disebabkan kecuaian dan tak endah oleh diri sendiri. Nak tahu mcm mana rasanya? Tanyalah sesiapa yang pernah merasa dan sanggup bercerita, pikir-pikirkan dan ambillah iktibar. 

Tanyalah kuceng bermuka menyesal ni.
Ini lah secebis pesanan dari insan yang teramat lemah dan banyak kekurangan. Aku tau mungkin korang dah banyak kali dah dengar pesanan macam ni kan, dah muak gile sampai tak lalu makan tiap kali orang sebut, tapi aku pernah remaja jugak, zaman kita mungkin tak sama tapi ketamakan, kedengkian, kejahatan, kekejaman manusia sentiasa ada. Eh tak tau la kan kalo sekarang orang masih gelarkan aku remaja sebab babyface. (*muntah* penipuan yang paling besar terhadap diri sendiri!)
Penipuan yang tengah berlangsung dalam otak aku. Semakin dewasa semakin babyfaced.

Friday, September 12, 2014

Yes Your Highness The Mighty Empress Ko Lah Pujaan Hatiku

Aku tengah buat keja. Terkejar-kejar sementara orang lain blur n rilekkkk je...TGIF katakan..xtau TGIF? Thank God It's Friday...hurhurhur. Memang nak anta arini jugaklah keja tu. Wajib! Tapi rupanya ada lg sikit kena tambah. So aku pun terkial2 la buat. Org yang patut tolong hilang sekejap xtau pegi mana. Ok-kayyy xpa masih ada masa.

Baru nak tekun menuju concentrate tahap dewa, aku dipanggil mengadap 'The Empress' (maharani nama diberi beb). Ada org yg stail tak reti bahasa dok kacau dia beberapa hari dah disebabkan benda yang bukan dalam kawalan kitorang. Panas hati la dia pastu bebel memanjang kat aku dan seorang 'dayang' dan seorang 'pengawal istana' yang dia panggil jugak kemudiannya. Sebab kitorg yang bertanggungjwb sediakan benda tu wlpn bukan kitorg yg jd punca isu delay.

Ko bayangkn, ko dhla tengah rushing nk kejar keja ko, ko kena gi ngadap orang n dgr pulak bebelan PAAAAANJAAAANNGG yg DIULANG-ULANG-ULANG-ULANG LEBIH 5 KALI (lebih 10 kali kot gamaknya) dengan suara yang B.I.S.I.N.G G.I.L.A B.A.B.E.N.G.

Eeeeiiiii biiiissssiiinnggg dan nonstop sampai aku rasa nak cabut telinga sendiri. Korang paham tak? Paham tak rasa ni?

Aku angguk dan iyakan yang mana patut. Pastu bagi cadangan tapi dalam dua tiga kali cubaan jugak la baru dpt cakap ayt penuh. Ibarat ko baru cakap sepatah terus kena potong dengan bunyi chainsaw.

Aku : Twi- ...
Chainsaw : BZZEENGGG!!!
Aku : Twi- ...!
Chainsaw : BZZEENGGG BZZEENGGG!!!
Aku : Twink- ...!
Chainsaw : BBZZZZZEEEeeeeEEEEeeeEENNNGGG!!!!!!!!
Aku : Twinkle twinkle little star. (Suara rilek muke ketat mood mendidih)
Chainsaw : Bzeng bzeng bzeng bzeng.

Dan aku biar The Empress membebel lagi sambil menunggu detik sesuai nak blah. Dapat je peluang aku terus memberi ucapan penutup dan bergerak ke pintu. Nampaknya si dayang dgn pengawal istana pun tak sabar nak blah sebab aku start gerak je dorg pn ikut gerak. Kesian si dayang kena stay kejap untuk dengar amanat bermutiara kata extra dari The Empress manakala aku terus sambung keja aku dengan tahap keasidan pH 0.5 dan kekerasan muka tahap muka yang direndam n kering dalam konkrit. Kalo senyum pun muka tetap nampak macam Ju-On kot.

Dalam keadaan tersepit cuma boleh kata yes, ok, maybe, what about...The Empress bebel panjang gitu ada satu perkataan yang aku ingiiiinnnnn sangat nak sebut tapi tak mampu. 

Iaitu SHADDAP.

Adat kuli la katakan mana boleh lawan tokey...aku sedar gak aku ni cetek ilmu.

Yes Your Highness The Mighty Empress Kaulah Pujaan Hatiku. Anything u say i will listen listen listen.

Sobsob.