Friday, 2 November 2012

Rindu Dalam Penantian


Resah menyapa ibarat hujan
Mengocak tenang di lubuk hati
Arus perasaan deras berpusar
Menggugat empunya yang rindu menanti

Begitulah hatiku mendamba kasihmu
Dalam penantian yang panjang
Adakah tersurat kita bersatu
Ku enggan cinta ini menghilang

Sekuat hatiku inginkan dirimu
Hadirlah sayang ke dalam mimpiku
Temani aku dalam rinduku
Penantian ini hanya untukmu

Fahamkah mereka rasa ini?
Ku ingin kamu sentiasa di sisi
Walau terkadang ia menyeksaku
Namun penantian ini hanya keranamu

Dan bila dirimu bertanya khabar
Ibarat mentari memancar sinar
Hadiahi ku pelangi selepas hujan
Membuatku senyum dalam penantian. 

No comments:

Post a Comment

Hi...any thoughts to share? Kamon and komen...dont shy-shy. You shy i not shy.