Malik memerhati dari celah pokok sambil memegang kemas pistolnya. Dia mencapai walkie-talkie yang terselit di pinggang.
"Tuan, apa yang harus saya lakukan sekarang?"
Tiada jawapan. Berkerut dahi Malik menunggu. "Tuan! Saya ulang, keadaan tebusan adalah tidak berapa baik. Saya bimbang jika dibiarkan lebih lama lagi, kita akan terlambat dan mereka akan mati. Arahan seterusnya, tuan!" Walkie-talkie masih senyap. Malik mula tidak senang duduk. Kenapa Mejar Hamdan senyap?
Di depan matanya kini ada beribu tebusan yang terbaring lemah dan tidak mampu bergerak. Berulang kali mereka dipijak dengan kejamnya oleh pengganas-pengganas tersebut. Tidak cukup dengan itu, kadangkala mereka diludah pula. Seorang pun daripada mereka tidak berani bersuara. Mereka hanya mampu membiarkan. Makanan dan air langsung tidak diberikan. Para tebusan cuma berpeluang minum jika hujan turun. Walaupun dengan keadaan mereka dibiarkan kesejukan dan basah dalam hujan, mereka dapat minum sepuas-puasnya dan terlepas daripada seksaan pengganas buat seketika.
Malik semakin geram melihat beberapa pengganas yang tidak berperikemanusian membunuh dan mengerat-ngerat beberapa tebusan yang ada. Tidak!!! Hatinya menjerit. Semangat perjuangan dan belas kasihannya membara. Dia memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri tanpa menunggu arahan pihak atasan. Kalau asyik tunggu, ribuan nyawa akan terkorban dulu!
"Tuan, saya akan cuba menyelinap masuk ke kem sasaran. Beberapa tebusan telah dibunuh. Saya tak boleh biarkan sahaja, tuan! Tak kisahla tuan nak kata apa!"
Dengan terhendap-hendap ala Hidden Tiger Crouching Dragon Malik berjaya membolosi pertahanan pihak pengganas dengan mudah. Lantas dia mendapatkan tebusan yang terdekat dengannya. "Encik, encik tak apa-apa? Boleh bangun tak?" Tebusan tersebut terkulai layu tidak menjawab. Tiba-tiba dua orang pengganas muncul. Dengan sepantas kilat Malik menembak.
Hah??! Pengganas-pengganas tersebut terus berlalu tanpa cedera sedikit pun. Malik terduduk. Siapakah mereka ini? Macam orang kebal, sedikit pun tidak lut senjata. Nasib baik mereka tidak sedar kehadirannya di situ. Kedudukannya agak terlindung di balik semak, tambahan pula dia telah memasang silencer pada pistolnya. Mereka terus berjalan seolah-olah tidak terkena langsung peluru. Mustahil! Memang aku tembak tadi. Dia merenung kelongsong peluru kosong di sisinya. Pengganas ni alien ke apa?
" Hoi, kamu yang di balik semak! Buat apa tu?! Keluar!"
Alamak, exposed! Malik bingkas bangun dan segera meluru ke dalam hutan semula. Terdengar hingar-bingar suara orang mengejarnya. Aku tidak boleh tertangkap! Matilah aku kalau tertangkap! Nak lawan dengan hape?! Kalau tembak dengan pistol pun tak ada kesan...
Akhirnya Malik sampai ke tepi jalanraya. Tanpa teragak-agak dia melintas dan terus berlari ke sebuah bangunan tidak jauh dari situ.
"Tuan! Tolong selamatkan mereka, tuan! Pengganas tu alien, tuan! Saya tembak tak mati, saya-....!"
"Bertenang, Malik! Kamu cakap apa ni? Tarik nafas betul-betul dulu."
"Takde masa nak tarik nafas, tuan! Mereka-"
Malik tarik nafas.
"-mereka seksa tebusan tu, tuan! Mereka pijak-pijak, ludah dan tak bagi makan minum pun. Kita kena bertindak sekarang sebelum semuanya mati dibunuh!"
"Mana tebusan tu? Tunjukkan pada saya, Malik."
Malik membawa Mejar Hamdan ke tempat para tebusan tadi berada. "Malik, mana tebusan?" Malik menuding jari.
"Tu, tuan!"Mejar Hamdan geleng kepala. Dia membuat isyarat memanggil dua orang attendan yang kelihatan tercari-cari. Kemudian dia berpaling menghadap Malik semula. "Malik, kamu tahu tak yang kamu tunjuk tu apa?" Mendengar soalan itu, Malik kehairanan.
"Tebusan la, tuan..."
"Itu kan rumput. Memang padan la orang pijak-pijak pun, tak bagi makan minum, ludah...err, ludah?? Siapa yang ludah tu! Kamu kene ingat kat sini tak boleh meludah sebarangan. Ingat tu, Malik."
Dua orang attendan yang dipanggil tadi pun sampai dengan termengah-mengah. "Maafkan kami Dr. Hamdan, Malik larikan diri dari biliknya tadi. Kami tak sempat nak kejar, puas kami cari tadi rupanya menyorok balik semak." Dr. Hamdan menggangguk dengan serius.
Malik tersengih-sengih. "Rumput eh, tuan....hehehe.....""Pastikan tidak berulang lagi. Pesakit jiwa ni kene jaga elok-elok, nanti jika berlaku kejadian yang tidak diingini kita yang akan dipersalahkan. Macam Malik ni, rumput dia kata tebusan. Kamu ni pulak dia kata pengganas. Siap dia kata tembak kamu lagi. Nasib baik pistol air, kalau dia pegang pisau?? Dah, bawa dia masuk."
hadui la..malik...malik.. *sambil geleng kepala*
ReplyDeletehahaha...
Delete