Showing posts with label keanak-anakan. Show all posts
Showing posts with label keanak-anakan. Show all posts

Wednesday, 7 November 2012

Cerita Keanak-anakan : Tolong Selamatkan Mereka!

    Malik memerhati dari celah pokok sambil memegang kemas pistolnya. Dia mencapai walkie-talkie yang terselit di pinggang.
"Tuan, apa yang harus saya lakukan sekarang?"
    Tiada jawapan. Berkerut dahi Malik menunggu. "Tuan! Saya ulang, keadaan tebusan adalah tidak berapa baik. Saya bimbang jika dibiarkan lebih lama lagi, kita akan terlambat dan mereka akan mati. Arahan seterusnya, tuan!" Walkie-talkie masih senyap. Malik mula tidak senang duduk. Kenapa Mejar Hamdan senyap?

   Di depan matanya kini ada beribu tebusan yang terbaring lemah dan tidak mampu bergerak. Berulang kali mereka dipijak dengan kejamnya oleh pengganas-pengganas tersebut. Tidak cukup dengan itu, kadangkala mereka diludah pula. Seorang pun daripada mereka tidak berani bersuara. Mereka hanya mampu membiarkan. Makanan dan air langsung tidak diberikan. Para tebusan cuma berpeluang minum jika hujan turun. Walaupun dengan keadaan mereka dibiarkan kesejukan dan basah dalam hujan, mereka dapat minum sepuas-puasnya dan terlepas daripada seksaan pengganas buat seketika.

   Malik semakin geram melihat beberapa pengganas yang tidak berperikemanusian membunuh dan mengerat-ngerat beberapa tebusan yang ada. Tidak!!! Hatinya menjerit. Semangat perjuangan dan belas kasihannya membara. Dia memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri tanpa menunggu arahan pihak atasan. Kalau asyik tunggu, ribuan nyawa akan terkorban dulu!
"Tuan, saya akan cuba menyelinap masuk ke kem sasaran. Beberapa tebusan telah dibunuh. Saya tak boleh biarkan sahaja, tuan! Tak kisahla tuan nak kata apa!"
   Dengan terhendap-hendap ala Hidden Tiger Crouching Dragon Malik berjaya membolosi pertahanan pihak pengganas dengan mudah. Lantas dia mendapatkan tebusan yang terdekat dengannya. "Encik, encik tak apa-apa? Boleh bangun tak?" Tebusan tersebut terkulai layu tidak menjawab. Tiba-tiba dua orang pengganas muncul. Dengan sepantas kilat Malik menembak.

   Hah??! Pengganas-pengganas tersebut terus berlalu tanpa cedera sedikit pun. Malik terduduk. Siapakah mereka ini? Macam orang kebal, sedikit pun tidak lut senjata. Nasib baik mereka tidak sedar kehadirannya di situ. Kedudukannya agak terlindung di balik semak, tambahan pula dia telah memasang silencer pada pistolnya. Mereka terus berjalan seolah-olah tidak terkena langsung peluru. Mustahil! Memang aku tembak tadi. Dia merenung kelongsong peluru kosong di sisinya. Pengganas ni alien ke apa?
" Hoi, kamu yang di balik semak! Buat apa tu?! Keluar!"
    Alamak, exposed! Malik bingkas bangun dan segera meluru ke dalam hutan semula. Terdengar hingar-bingar suara orang mengejarnya. Aku tidak boleh tertangkap! Matilah aku kalau tertangkap! Nak lawan dengan hape?! Kalau tembak dengan pistol pun tak ada kesan...

   Akhirnya Malik sampai ke tepi jalanraya. Tanpa teragak-agak dia melintas dan terus berlari ke sebuah bangunan tidak jauh dari situ.
"Tuan! Tolong selamatkan mereka, tuan! Pengganas tu alien, tuan! Saya tembak tak mati, saya-....!"
"Bertenang, Malik! Kamu cakap apa ni? Tarik nafas betul-betul dulu."
"Takde masa nak tarik nafas, tuan! Mereka-"
   Malik tarik nafas.
"-mereka seksa tebusan tu, tuan! Mereka pijak-pijak, ludah dan tak bagi makan minum pun. Kita kena bertindak sekarang sebelum semuanya mati dibunuh!"
"Mana tebusan tu? Tunjukkan pada saya, Malik."
   Malik membawa Mejar Hamdan ke tempat para tebusan tadi berada. "Malik, mana tebusan?" Malik menuding jari.
"Tu, tuan!"
   Mejar Hamdan geleng kepala. Dia membuat isyarat memanggil dua orang attendan yang kelihatan tercari-cari. Kemudian dia berpaling menghadap Malik semula. "Malik, kamu tahu tak yang kamu tunjuk tu apa?" Mendengar soalan itu, Malik kehairanan.
"Tebusan la, tuan..."
"Itu kan rumput. Memang padan  la orang pijak-pijak pun, tak bagi makan minum, ludah...err, ludah?? Siapa yang ludah tu! Kamu kene ingat kat sini tak boleh meludah sebarangan. Ingat tu, Malik."
    Dua orang attendan yang dipanggil tadi pun sampai dengan termengah-mengah. "Maafkan kami Dr. Hamdan, Malik larikan diri dari biliknya tadi. Kami tak sempat nak kejar, puas kami cari tadi rupanya menyorok balik semak." Dr. Hamdan menggangguk dengan serius.
"Pastikan tidak berulang lagi. Pesakit jiwa ni kene jaga elok-elok, nanti jika berlaku kejadian yang tidak diingini kita yang akan dipersalahkan. Macam Malik ni, rumput dia kata tebusan. Kamu ni pulak dia kata pengganas. Siap dia kata tembak kamu lagi. Nasib baik pistol air, kalau dia pegang pisau?? Dah, bawa dia masuk."
    Malik tersengih-sengih. "Rumput eh, tuan....hehehe....."

Wednesday, 24 October 2012

Cerita Keanak-Anakan : Daripada Tak Marah Jadi Marah

Angin bertiup nyaman, sesepoi ikan koi yang berenang-renang ke tepian.

Mon Mon berasa seronok menikmati suasana petang yang damai di apartment barunya. Dia baru berpindah ke Cameron Highland seminggu lepas.

Aahh...sungguh gembira rasa hati..baik gi jalan-jalan, bisik hati kepada tuan.

Mon mengenakan cardigan kuning yang baru dibeli semalam. Memang kuning warna faveretnya. Dalam perjalanan menuruni tangga dia bertembung dengan jirannya, Eri.

   "Hai, Mon, apsal masam je?"
   "Eh, mana ada. Kau dari mana Eri?"
   "Beli lauk..."
   "Ok...aku gi dulu k. Nak jalan-jalan jap."
   "Elok la tu...aku tengok kau macam ada masalah je. Gi la ambil angin tenangkan fikiran."
   "Eh tak la, aku ok je..."

Mon meneruskan perjalanan. Angin segar Cameron tambah menyenangkan. Ramai lagi muka-muka yang tak dikenali di situ, maklumlah ini kali pertama dia keluar berjalan-jalan sejak pindah ke situ. Dalam ramai-ramai tu dia terserempak jugak la dengan Pak Amidamida, tauke kedai runcit dan juga rakan sekerjanya Ros.

Pak Amidamida menegur, "Baru nampak kamu arini, Mon. Tak singgah kedai beli barang?"

   "Tak, Pak Amidada.. eh, Pak Amidamada. .Ami. .Amidi...err...Pak-"
   " -Amidamida la nak. Alzheimer tol kamu ni."
   "Nama pakcik memang stail-stail nama yang buat orang Alzheimer."
   "Nama adik pakcik lagi hebat, leh buat orang biol."
   "Apa nama adik pakcik?"
   "Abioliol."
   "Biol jugak bila dipikir-pikir..."
   "Kan? Ayah pakcik dulu tak pandai nak eja nama Alfonso Albuquequer atau Christopher Columbus-"
   "-sebab tu dia bagi nama biol tu?"
   "Tau takpe. Yang kamu ni kenapa emo semacam ni?"
   "Mane ade, pakcik. Apsal cakap camtu?"
   "Muka emo je. Kamu bengang kan nama pakcik dan adik pakcik hebat-hebat?"
   "Adeh pakcik ni...saya tak emo langsung. Cemburu jauh sekali pakcik. No, no, no..."
   "Takpelah...nama kat IC boleh tukar kan. Sabar ye nak..."
   "Mungkin pakcik tak tau yang betapa saya tengah bersabar sekarang. Boleh saya pergi dulu pakcik?"   
   "Gi la Mon si muka masam..."

Mon Mon mengepal penumbuk. Ikut hati nak je dia jadikan nama Pak Amidamida jadi Abioliol. Meanwhile, Ros pula tengah bersiar-siar juga dengan kawannya...

   "Eh, Mon! Tau plak kau nak cari jalan sampai ke sini eh!"   
   "Yela Ros, kalau tak bila lagi kan."
   "Sorang je ke?"
   "Haah..."
   "Alah kau, ajak la sapa-sapa teman. Senyum banyak sikit, kau upah anjing tulang dinasour pun dia tak nak kalau tengok muka kau macam susu."
   "Susu...?"
   "Masam."
   "Fine."

Mon berlalu pergi dengan aura yang panas lagi membahang. Dingin di tanah tinggi tidak mampu menyejukkan hatinya lagi. Elok-elok mood tengah baik jadi mood nak fire ala otromen sekelian penduduk kampung yang ada.

Sebulan berlalu...

Dua bulan...

Tiga bulan...

Empat...

5 ...

Mon tepon kakaknya. "Kak, saya nak pindah."
   
   "Nape plak?"
   "Saya give up la. Muke saya garang sangat ke? "
   "Takla, cuma..."
   "Cuma?"
   "Masam."
   "Eii...ni mau kene pelempang premium ni...."
   "Dik, muka kita memang masam...maafkan akak sebab tak bagitau awal-awal..."
   "Ape kakak cakap ni?"
   "Nama sebenar kau Lemon. Nama akak pulak Limau."

Dan muka Mon menjadi masam semasam masamnya....... (T_T)



P/s : Tau...crita ni memang bangang....terimalah hakikat ye. ;]

Monday, 15 October 2012

Cerita Keanak-anakan : Kesian Zira Yang Suka Mengendap

          Zira mengunyah saladnya dengan muka yang monyok. Bulu matanya yang lebat melindungi matanya yang kemerahan. Hari ini dia terasa amat teramat ahmad sedih. Apa pun dirasakan tidak mampu untuk menggembirakannya, termasuklah bebuah yang ibunya hulurkan sebentar tadi.

            "Zira, kenapa muncung ni? Kalau leh tahan muncung tu 3 jam, elok gak, boleh ibu jemur daun salad jap, wat ala salai untuk dinner malam ni." Puan Ifah menegur anaknya. Zira semakin bengang. Dia mencapai lebih banyak salad dan mengunyah dengan geram. Geleng kepala Puan Ifah menengok. "Kamu ni, udah2 la makan tu. Kang tercekik leher tu baru tau."

  "Ibu ni, macam tak paham. Zira geram sebab kawan-kawan Zira semua mengata Zira. Dari dulu lagi kalau Zira lalu tepi pagar umah dorg ke ataupun kalau dorang tengah tulis diari Zira lalu kt tepi mesti dorang tuduh Zira mengendap. Benci la! Zira x buat pape pun, lalu je pun! Lagi teruk, kat sekolah kalau buat kerja sekolah atau ujian, semua jeling-jeling kat Zira. Tonyoh salad dalam mata baru tau!"

              Puan Ifah menjeling tajam. "Kamu Zira kalau cakap ayat-ayat kasar macam tu lagi biar ibu je yang tonyoh salad dalam mata kamu." Terdiam Zira. Airmatanya mula tumpah. Puan Ifah menyambung lagi. "Sabar la, ibu dulu pun pernah dimarah oleh kawan-kawan jugak. Budak-budak memang macam tu. Bila dah besar xde pulak kawan-kawan ibu nak kutuk ibu. Masing-masing dah besar, dah reti bahase. Gitu jugak kawan-kawan Zira, lama-lama nanti okey la."

                Zira mengerutkan muka. Hatinya membuak-buak memberontak. "Tapi bu, selalu sangat dorang buat mcam tu." 
  "Biarla...Zira buat la tak tau je."

  "Zira sakit hati sangat bu. Dorang asyik ejek, Zira ngendap, Zira ngendap...amende gitu??"

  "Alah sayang, berapa kali ibu nak terangkan...dorang memang gitu. Lagi Zira layan, lagi menjadi."

  "Zira tak kire! Kalau dorang ejek lagi Zira nak sepak sekor2!"

  "Zira! Ibu tak ajar kamu berkasar cenggitu hokey!"

  "Ah! Ibu memang sengaja xnak paham! Zira nk blasah sape2 yang ejek Zira!"

  "Kamu ni, sedarla sikit, berapa kali ibu nak cakap-....!"

  "Cakap mende hah? Ibu asik nak backing dorang je!!"

             Sebutir pelempang hinggap di bahu Zira. Meraung-raung Zira merajuk. "Nape ibu pelempang bahu Zira??! Salah ke Zira nak pertahankan diri Zira??"

"Amekaw...menyampuk lagi mase ibu membebel! Ibu pelempang bahu kamu sebab tangan ibu tak sampai nk high-five muke kamu! Anak bertuah tol, kamu tu Zirafah!! Leher panjang, yang kamu terjenguk-jenguk sangat kalau berjalan tu buat hape??? Ibu ajar dah kan, angkat kepala, jangan tunduk2, nti orang kata kamu mengintai perbuatan dorang. Tu la, degil, kan dah kena. Nasib baik tangan ibu pendek dan leher kamu panjang! Paham!"