Sunday, 9 December 2012

Grimm Me That! Manyak Best!

Give me that Grimm! Hahaha tergila-gilakan cerita ni pulak. Dahla dorang stop production Season 2 kejap, sempena nak bagi peluang untuk eberibodi menyambut holiday hujung tahun ni. Hai buat i tertunggu-tunggu je. Sekarang Season 1 kan ada tayang kat TV2, setiap Selasa, 12.30 malam. Untuk info ringkas versi TV2, boleh la menjengukkan leher jinjang tak jinjang anda ke sini: Grimm TV2. Tapi untuk info versi saya. . .

Siapa pernah dengar tentang Grimm's Fairy Tales? Koleksi cerita-cerita dongeng masyarakat German tersebut pertama kali diterbitkan pada 1812 dengan nama 'Children and Household Tales'. Dikatakan bahawa cerita-cerita macam Little Red Riding Hood, Snow White, Cinderella, Rapunzel dan banyak lagi yang ditulis oleh adik beradik Grimm, Jacob dan Wilhelm ini asalnya mempunyai banyak unsur keganasan dan kekejaman...tapi cerita-cerita tersebut telah diubahsuai supaya lebih sesuai dengan kanak-kanak. Mungkin itulah ilham disebalik cerita TV Grimm.

grimm, nick, monroe, blutbad, blutbaden, hank, tv show
Monroe, Nick dan partner Nick, Hank...bersama Hantu Kucing yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.tanpa mereka sedari...Miu. Rawr!
[ Abaikan caption italic dan bahagian berkaitan pada gmbar di atas ye. Itu bukan sebahagian dari TV Show tersebut. Hehe. ]

Grimm berkisar tentang seorang detektif polis, Nick Burkhardt yang dilakonkan oleh David Giuntoli hencem yang mewarisi kebolehan turun temurun dari moyangnya, Grimm untuk melihat makhluk ala-ala kehaiwanan (the best istilah yang daku boleh gunakan untuk describe makhluk2 itu) tetapi kelihatan seperti manusia yang digelar Wesen (sebutan Ves-sin). Hebat gak istilah-istilah yang dorang gunakan untuk makhluk2 tu contohnye Blutbad (sebutan Bloot-baat) untuk makhluk yang kelihatan seperti serigala. Kalau banyak-banyak Blutbad, disebut sebagai Blutbaden...huahua sebutan dia pun menarik, German kan. Bila try sebut rasa cam macho pulak. Dahlah dalam cerita ni Adolf Hitler tu konon-konon adalah seorang Blutbad jugak. Hakhak...Nick ada awek chomel bernama Juliette Silverton (Bitsie Tulloch) yang mana akan menjadi catur permainan yang semakin penting dalam Season 2. Dan ramai Wesen yang menjadi sahabat kepada Grimm ini seperti seorang (seorang ke seekor?) Blutbad bernama Monroe, seorang Fuchsbau dan seorang Eisbiber (bukan Justin Bieber k! X kuasa i.) Grimm ini hanya akan menentang Wesen dan orang yang jahat sahaja, lain dengan memoyang die yang hapuskan semua Wesen. Bila tengok cerita ni macam tengok CSI + Animal Planet + belajar Sejarah pun ada. Haha...rasanya inilah pelajaran Sejarah yang paling menarik walaupun fiction sahaja dalam hidup saya~~ Tengok cerita bergenre police procedural dan supernatural ni yep, jangan tak tengok!

grimm, best, nick, monroe, tv show, blutbad, blutbaden 

Friday, 7 December 2012

Perhatian! Satu Punca Blog Kena Remove...

Hari ni jalan punya jalan di laman web, ada 'tourist guide' (my adek) tunjukkan saya pada satu blog. Beberapa klik kemudian, saya terjumpa satu artikel yang saya rasa patut dishare bersama blogger dan readers sekalian. Satu penyebab blog kene remove...adalah disebabkan link di dalam kotak komen! Ha...biasalah kan kekadang untuk promote blog, kita tinggalkan link di dalam comment box bloggers lain. Ada tau orang yang kena remove blognya...sayanglah kan kalau kena buang, hilanglah segala penat lelah jejari kita bereksesais selama ni. Dan kekadang kita jumpa kat sesetengah blog ada peringatan buat commenters supaya tidak meninggalkan link di ruang komen. Kalau nak tinggalkan link pun, ada caranya. Untuk info yang lebih lanjut, bolehla membaca artikel ini: Blog diremove gara-gara "Link" dalam kotak komen. Blog ni comel, ada banyak info dan tutorial berguna bagi bloggers sekelian. Bolehlah dijadikan panduan. Ditulis oleh seorang Wan. Haha berpantun pulak.

Anyway, just nak berkongsi. Buat Froggie (Fresh Bloggie, hikhik.) cam saya ni, banyak lagi kena belajar...

Wednesday, 5 December 2012

Kawan...Time Susah Ade, Senang Takde? *Garu Kepala*

kawan ada time susah, time senang takde? sorry for all my wrongdoings and thank you for your friendships dear friends.

     Hari ini seorang member berkata bahawa kawan ni ada time susah je…time senang takde. Aiks? Cam pelik je ayat? Ye betul lah…maksudnya kawan akan cari kita time dia susah je, time senang dia hilang…haha…jangan faham secara terbalik pulak..kalau ada kawan yang bersama kita time kita susah dan hilang bila kita senang tu lain macam gak bunyi, cam guardian angel pun ada…kalau bukan angel, tula kawan yang baik tapi pelik. Hehe.

     Tapi memang sedih kan…kalau kita berniat baik nak tolong tapi bukannya membuahkan hasil, malah kawan makin hanyut dan meninggalkan kita bila dah senang. 

      Well, I guess I’ve been in both places. Kind of. I’m really full of mistakes. So kepada mereka yang telah banyak membantu, memberi nasihat, kritikan membina, bersama saya ketika susah dan senang, mempertahankan saya, tidak meninggalkan saya pada saat terburuk saya : THANK YOU FROM THE BOTTOM OF MY FEET TO THE TOP OF MY HEAD =P . Dan saya minta maaf atas segala kesalahan dan kelemahan saya, semoga Tuhan membalas kebaikan anda. Dan kepada mereka yang jauh di mata dan dah lost contact, semoga hidup anda berjaya dan bahagia.

      Member saya tadi berkata, sebab tu dia ada semasa kawan dia susah, walaupun dia wat menyemak je. Saya rasa betul tu. 

Cos we don’t want to be the people that we don’t want to be.

      So dear friends, if I’ve become the person that you don’t want to be, either learn a lesson from it, or forgive me, because I must have done something wrong towards you.

Kepada member saya tadi,

Life’s a joke, and sometimes we become a joke to other people. What to do? Just carry on, and be stronger than ever.

*Font? Mesti ramai yang familiar kan? Of course, Jokerman! Just to emphasize on the point. Three Hacks sweets for that clever child! 

And give him a waste bin after that. In case those sweets are too 'minty'.*