Tuesday, 30 July 2013

Annoying Ahjumma.

Photosource : anamorodan.com

Alkisahnya seorang ahjumma yang tinggal berdekatan dengan kawasan site saya . . . yang lalu lalang setiap hari sambil memandu 'kereta kotak' mahalnya dengan dagu terangkat dan spek hitam yang pasti berjenama lagi kelassss gitew! Mulanya ingatkan pangkat kakak, rupanya ahjumma . . .

Sebelum saya bercerita lebih lanjut lagi, perlulah anda semua tahu bahawa jalan masuk ke site saya yang bertar ialah simpang tiga (jika dikira pintu masuk ke site yg tidak bertar jadilah simpang 4 lebih kurangnya), dikelilingi kawasan perumahan dan jalannya muat-muat 2 lane sahaja. Jika ingin meyumbat motosikal di tengah-tengah ketika 2 lane itu ada kereta maka tidaklah boleh gamaknya. Oleh kerana kawasan site yang belum ditambak habis adalah agak kecil, maka lori yang datang mengangkut tanah perlulah masuk ke simpang kanan atau kiri terlebih dahulu untuk masuk ke dalam site secara reverse. Ini membolehkan mereka keluar dari site tanpa sebarang kesulitan (skema siott explanation.).

Mari teruskan pembacaan, mari!


Kejadian 1 : 

Lori tengah masuk simpang, pemandu lori tengah menggulung kanvas di belakang lori. Datanglah kereta kotak tersebut dari belakang tanpa segan silu dan tanpa berlengah sesaat, atau lebih tepat lagi tanpa memberi kesempatan langsung untuk sebarang respon terbit dari kami, terus . . . 

"Pin."

Agak terkocohla pemandu lori ingin mereverse lorinya setelah menerima hon kasih sayang dan renungan tajam dari ahjumma tersebut.

Actually spek hitam kelassssnya itu memang tak lekang dari mata ahjumma tersebut so tak tau la dia lemparkan renungan tajam ke tidak, tapi auranya seperti itulah. Hurhurhur.


Kejadian 2 : 

Sama seperti di atas. (Plis la, perlukah tambah jugak? Hurhurhur.)


Kejadian 3 : 

Saya bersama rakan sekerja tengah membuang sisa-sisa tanah di atas jalan supaya jalan tidak kotor (kalau kotor, haruslah penduduk di situ mengadakan sesi komplen mengomplen.) Maka dengan gaya yang agak 'jalan ini bapak aku yang punyaaaaa haahahaaahaha' kami pun sodok menyodok sisa tanah (taik lori kata orang hihi) itu. Ahjumma itu datang dengan senyap lagi. Nasib baiklah kami cepat sedar lalu memberikan laluan. Namun menurut eyewitness di situ (chewah), ahjumma itu masih sempat membuat mimik muka menyampah sambil menggelengkan kepala.

Sebenarnya jalan tersebut masih muat untuk dilalui walaupun ketika kami tengah memburuhkan diri di tengah panas itu . . . musykil jugak hati ini, kenapa ahjumma nak tunggu jugak kami mengalihkan diri ke tepian rumput nan menghijau di tepi jalan? Kenapa ahjumma tak biar saja kami buat kerja kami dan ahjumma lalu saja? Kereta ahjumma 'kotak mesin basuh', bukan 'kotak freezer' . . .

Terkena lagi daku oleh dikau kan ahjumma . . .


Kejadian 4 : 

Lori tanah datang lagi. Kali ini lori itu baru sahaja masuk ke simpang dan ingin mereverse. Namun malang nasibnya, ahjumma tiba-tiba sahaja telah sampai di belakang lorinya dalam sekelip mata dan terus enggan berganjak. Dalam keadaan jalan yang sempit ahjumma tetap berdegil dengan garangnya walaupun kami meminta dengan baik supaya memberi sedikiiiiiiit lagi ruang untuk lori. Buat beberapa ketika lori begitu terkial-kial berusaha mereverse. Setelah lori berjaya melepasi 'obstacle from hell' itu, ahjumma itu dengan muka masam mengangkat tangannya dengan gaya 'piiiirah' sambil mulut terkumat kamit. Mungkin menyumpah seranah, tapi memandangkan tingkapnya tidak dibuka, saya fikir mungkin dia sedang menyanyi lagu hindustan di dalam kereta kotaknya itu, siapa tahu kan?


Kejadian 5 : 

Tragedi petang Julai ini berlaku kepada diri saya sendiri. Dalam perjalanan menuju ke site, terdapat kereta yang parking di tepi jalan jadi saya pun terpaksa memandu ke tengah jalan sedikit. Tiba-tiba ternampak ahjumma datang dari arah depan. Memandangkan saya tengah melintasi kereta yang parking di tepi itu, saya terus jalan saja la kan. Makin cepat saya lalu makin cepat jalan itu clear untuk ahjumma itu pula yang nak lalu. Namun ahjumma terus mendrive keretanya tanpa menunggu jalan clear dan kereta kami berselisih dengan jarak yang aaaammmmaaaaaaattt kecil sekali (kalau letak semut kat tengah tu pun mesti semut penyek. Over kan perumpamaan ku itew..?? Hurhurhur.) Dahlah sempit begitu, telinga ku yang agak pekak badak ini sempat pula menangkap bunyi THUD! Homaigadddd bunyi apakah itu!?

Dengan panas hatinya saya meneruskan perjalanan. Ahjumma itu pula of kos terus jalan saja. Sesampai di site saya check kereta. Syukurlah cecar (sebutannya kekar ya, untuk car. Alah macam beboy and gegurl gitu hurhurhur uwekkkk) saya sihat walafiat. Jadi apakah bunyi THUD! itu? Sehingga kini ahjumma tidak tampil membincangkan jawapan kepada persoalan itu dengan kami. (Puhleeeez . . .*facepalm* ini respon ahjumma gamaknya kan)


Anyway, inilah kisah annoying ahjumma untuk tatapan anda. Jadikan sebagai sempadan, takut-takut terjumpa pemandu lori yang panas baran, tak ke dilenyeknya kereta kita kan kan. Tidak akan ada warning-warning dengan hon dah . . . reverse terus PRAPPP. Ok gua chow dulu (oh? nampaknya lepas meluah perasaan terus menjadi gengster). 


Pin. PIN. 


PIN PIN PIN PIN PIN!!


ahjumma = makcik

No comments:

Post a Comment

Hi...any thoughts to share? Kamon and komen...dont shy-shy. You shy i not shy.