Thursday, 14 March 2013

Pengembaraan Yang Fana Bersama Si Amfibia

Chewargh. Tajuk bukan main lagi. Memang pengembaraan ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang sekejap. Mungkin korang dah puas buat ni masa zaman kanak-kanak korang tapi aku baru dapat explore sekarang. Huehuehue...~

 WARNING! Tidak sesuai untuk mereka yang penggeli / musuh hewan dua alam.

Masa tengah kerja, daku merenung ke dalam lopak air yang tidak berapa jernih di hujung kakiku yang terjuntai. Bukan tilik nasib dalam air k. Dan...eh??? Apakah itu? Inilah permulaannya...
 
Wauu...katak yang masih separa berudu!! Ada ekor lagi. Ambil gambar jap. (dengan nada yang jakun)

Beberapa hari selepas itu...renung lagi dalam lopak air yang tak kering-kering dek hujan yang kerap...(yer keja daku masa tu memang banyak merenung termenung kau memang da bomb)...eh eh! Macam biji selasih...is that what i think it is?? *ambik kayu kuis-kuis* Jeli itu tetap terapung-apung dengan rileksnya. Confirmed! itu telur katak. Banyaaaakkkk melekat dekat kayu...dalam lopak-lopak lain pun ada (ahaha sempat check lopak lain lagi. Side effect daripada penemuan sains ini : rutin harian yang flat berubah)

Cuba tengok gambar ni lama-lama. Testimoni dua saksi : tengok banyak kali makin geli. Konpius pun ada, telur katak atau buih-buih? Hahaha...yucks...

Bagaikan seorang ahli hewanologi (istilah buatan sendiri untuk pakar hewan) yang memantau spesies yang hampir pupus, hari-hari daku pergi tengok perkembangan anak-anak Amfibia katako sp. tersebut. Daripada satu titik hitam dalam kantung telur, bentuk berudu mula kelihatan. Daku pun *kachak!*kachak!* ambil gambar lagi.

Lama-lama berudu mula menetas sikit-sikit. 'Ular' kepala gedabak ekor ketot yang bersaiz mini tersebut walaubagaimanapun tidak berapa aktif. Tidak sabar daku menunggu mereka semua membesar lalu menjadi separa berudu dan akhirnya menjadi katak mini yang kiut. (katak yang dah besar daku tak mahu, tak berapa kiut.)


Namun itu hanya tinggal angan-angan. Akibat cuaca yang semakin panas dan hujan yang semakin jarang turun, air lopak semakin mengering. Tiada lagi jeli yang mengalami proses tumbesaran dan tiada lagi berudu yang baru makan ubat batuk (sebab tak aktif, macam tido, gerak sikit-sikit je). The last survivor adalah!:


Selepas itu semuanya menghilang dan lopak yang dahulunya kaya air kini menjadi padang jarak padang tekukur...baibai Amfibia katako sp. Terima kasih untuk pengembaraan sains yang jakun ini...mahahahahaaa. (sambil gelak ala-ala saintis weirdo) Sob sob.

No comments:

Post a Comment

Hi...any thoughts to share? Kamon and komen...dont shy-shy. You shy i not shy.