Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Hati Tergeletek Di Rumah Bekam...

Aritu pergi hantar adik berbekam. Sambil-sambil tu scan la diri sendiri kot-kot ada masalah kesihatan ke...tak mahal pun, RM15 je. Keputusan scan tu bukan diagnosis, cuma untuk rujukan saja. Lepas tu biasanya dia akan buat 3 sesi bekam pada hari-hari yang berlainan, RM35 per sesi...

Kalau nak tahu info ringkas kebaikan berbekam boleh tengok kat sini. Nak tahu apa itu bekam dengan info yang lagi lengkap try tengok sini. Kalau nak laaaaagiiii lengkap, bolehhh....semuanya di hujung jari anda sahajaa....(maknanya carik sendiri...haha)

Second time pergi tu, sebab aku tengok ramai orang kat dalam umah, aku cuma duduk kat kerusi kat luar pintu rumah dia je la...malam tu memang ramai orang datang, orang cina pun datang berbekam kat situ. 

Akhirnya, tinggal aku yang duduk kat luar ngan sorang pakcik/abang ni (aku tak tengok muka dia sebab aku sebok main hp) yang duduk kat ruang tamu tengah menunggu.

Dalam keheningan malam tersebut yang hanya berdengung dengan bunyi cengkerik dan kipas, telingaku yang agak pekak badak ni disajikan dengan satu bunyi yang lembut lagi sayu.

Pooootttttttt...poot poot poot..proot proot prooooooooottttt kepoot kepoot kepoot.......

Eh. Bunyi ni...?

Aku tak tahu la dari mana datang kekuatan luar biasa masa tu untuk kawal air muka aku (Dengan kuasa bulannn...datanglaaaahhh....mungkin?). Bunyi tu dahla lembut, sayuuu teramat... dan lamaaaa! Rasa cam setahun berlalu. Aku terus buat-buat main hp lagi. Ingatkan habis kat situ je.

Pooootttttttt...poot poot poot..proot proot prooooooooottttt kepoot kepoot kepoot.......

Ada 'second trip' lagi rupanya....!

Nasib baik bukan aku (memang bukan aku okey!!). Aku dengan penuh memahami masih berjaya tahan gelak, sebab aku bayangkan kalau aku duduk dalam situasi dia mesti rasa malu gilos. Dalam hati berkata-kata, inilah antara puncanya kita ke rumah bekam...

Membuang gas toksik dari badan amatlah harus sekali. I feel you, bro...hahaha. Tahniah kerana anda berjaya menyihatkan badan anda!

Nanti orang tu tanya, tak nak join ke? Jangan dengar dan buat tak tau je dik.

P/s: Kalau kitorang jumpa lagi sekali dan dia ingat muka aku, mesti dia malu sorang2 kan. Sebab aku tak tengok pun dia so memang aku takkan cam muka dia pun. Hurhurhur ihik ihik tergeletek ati i.

Wednesday, 8 October 2014

My Miao Cirit Meletop

Kau punya pasal la kan bagi kitorang minum susu tak sedap lagi pelesu time kecik dulu kan? Kan? Mogok ni mogok.


Ha ni la alkisahnye cerita yang aku mention dalam Tebiat Dapur Musim Malas...kucing aku time kecik2 takleh minum susu...aku pulak gi beli susu tepung dari pet store untuk dorang minum. Ganti susu ibu kucing la konon. Tak tau pulak dorang tak boleh minum susu tu. Maka disebabkan aku dengan bahagianya bagi dorang minum beberapa kali, terjadilah beberapa episod cirit yang mengstresskan diriku especially tiap kali dengar soundtracknya bergema memecah kedamaian hari.

Prottt...prettt...prot~ot~ot...pret~et~et...pret pret...

Shrrshhh shrrshhh shrrsshhh *bunyi miao korek pasir untuk tanam 'bukti'*

Anyway, ada satu episod yang tertanam kukuh dalam ingatan aku yang pelupa ni. Aku tengah nak letak makanan ngan air dalam sangkar dorang. Kebetulan miao putih nk membuat 'jenayah' lagi (jenayah la tu, mendera perasaan tuan yang bangang gak sebab bagi susu ke miao.). Miao putih pun berada dalam posisi bersedia. 

Preetttttt....

Slow je mula2. Pastu yang sekor lagi miao tanah liat (kaler cam tanah liat) ntah kenapa nak menyebok pulak nak julur2 kepala nak gi hidu bontot si miao putih. Pastu-

PROT!!!

Ujan sesaat beb....bukan ujan apa, ujan cirit! Miaoku cirit meletop! 

Direct ke muka miao tanah liat. Aku sambil gelak dalam bengang terus tarik miao tanah liat pegi basuh muka dia. Padan muka kau miao. Haha dahla kena bom cirit, ko kena dengar lagi bebelan tuan kau. Muka dia pun cam bengang ada, menyesal ada....hahaha (padahal muka memang stail gitu).


Glitter Words

Saturday, 9 February 2013

Sedar Tak Sedar Dah CNY. Ah, Jay Chou, Running Man dan Pitch Perfect~

Happy Chinese New Year pada mereka yang menyambut~~~

Ah, seminggu dah tak berbluggie (berblog)...sedar tak sedar dah CNY. Sempena Chinese New Year saya nak share klipvid Jay Chou 'Qi Li Xiang' - Orange Jasmine yang kiut! Really one of my fav song by my fav singer. Tapi saya rasa better buka dalam window lain sebab background music dari blog ni akan menyelit dan mengganggu juga dengan bangganya... Kalau kat bawah tu ada keluar music player dia, at least boleh la pause music or turn off kan? Apa nak buat...


Sekarang zaman tido awal, tak ada dah zaman tido ala pak guard syif malam. ---> (takda kesinambungan cerita langsung dengan perenggan sebelum!! Takpa, ini ialah bluggie bukan ujian karangan BM) Keja sekarang banyak exercise kecuali ujan (kalau hari ujan otomatik jadi orang Eskimo, duduk dalam kabin beraircond yang macam igloo itu). Naik turun tangga, kalau tak tangga tinggi tangga pendak, tak tangga pendek, tangga comel, tak tangga comel tangga huduh. Kalau berat tak turun, memang mujur la..Hahaha...tak lama lagi pasti kaki bermuscle cam Kim Joong Kook (orang minat Korea tau la.) Sapa tengok Running Man? Ye, saya memang slow, orang dah halfway through baru nak terhegeh-hegeh nak join. Tapi janji best!!! Hahaha...sekarang lepas balik keja selalu mengadap Running Man, satu hari satu episod, bluggie tidak diendahkan kerana kekurangan idea. Sampai anak buah pun join tengok sekali. Memang best + lawak, kalau nak release stress boleh la try take a peek...

Satu lagi bukti kesiputan (slow) saya ialah baru nak gila dengan movie Pitch Perfect. Memang tak boleh nak diselamatkan...haha. Mari tengok sedikit sedutan dari movie ni. Walaupun vid gelap sikit tapi soundnya ok la jugak...Kalau nak vid yang lagi jelas, leh try cari lagi kat Youtube. Hehe. :


 

Ala-ala High School Musical kan...cuma dia buat stail acapella...nice spirits~ Especially Fat Amy yang konfiden, memang respek la...movie ni memang funny + witty. No heavy drama, ada la sikit-sikit (alah kalau tak drama tak sah la kan ;D ), relax ja tengok. Tapi ada la bongok2 jugak. Pegila tengok pegila. (gua tak paksa k. Walaupun ayat macam memaksa tapi tiada paksaan fizikal yang digunakan macam sua muncung pistol ke letak pisau kat leher ke)

Oklah, itu saja...saja nak berbluggie sempena tengah cuti CNY ni. Nanti bluggie merajuk. Tapi, bluggie merajuk takpa lagi, kalau orang merajuk? Uhuu...terkedu sorang, terkapai2 nak pujuk la jawabnya lagi-lagi kalau salah kita...hawhawhaw.

P/s: Walaupun bukan karangan BM, pakai saya-saya jugak. Kesopanan dan kesusilaan yang tak full. Haha.

Thursday, 3 January 2013

Kisah Cemas Tangki Taik

Ingatkan nak sambung tulis cerita If Only You Knew, tapi malas lah nak taip panjang2. Hari ini hari mood bersilat ala wuken (wushu+kendo), tapi tiada orang yang nak dipersilatkan yer. 

Pagi tadi dengar cerita lawak pasal ada orang hampir terjatuh dalam lobang taik tatkala sedang menjinjit buah kedondon (ye, tau, kedondong tapi saja nk eja gitu, takleh??) dengan girangnya (yalah baru lepas petik buah kedondon kan)..separuh kaki terbenam alahai...kesian...tapi sebelum kesian dan berdebar, saya gelak berdekoh-dekohhh dulu...kuekuekuekue. Berdebar sebab? Itu lubang taik aa, manyak besar woo..bukan lubang sebenarnya tapi lebih pada tangki, yang belakang umah nu....simen tangki dia pecah, apalagi terperosok la kanak-kanak malang itu...tiada sorang pun yang menyedari nasib malangnya kerana omak dan adik tengah menonton cerita di TV. Tau2 masuk dalam rumah tunjuk 'shitty leg', yakni kaki bertaik.[ Maaf ye di atas penggunaan bahasa begini, kalau tak puas hati maaf lagi ye, tiada ruangan komen dan komplen pelanggan disediakan ] Tapi tangki sebegitu memang dalam, masa jatuh memang tak jejak kaki ke dasar ye, nasib baik tangan yang menjinjit buah kedondon itu dan sebelah lagi kaki yang kurang malang sempat berpaut pada tepi2 tangki yang pecah. Fuhh...lega! Cemas kejap. Akhirnya terkorbanlah buah kedondon beberapa bijik.

Kot-kot kanak-kanak malang tetapi bertuah itu terbaca ini, jangan marah! Nama dirahsiakan, kisahnya pengajaran. Berhati-hati di atas tangki taik....hahaha~ (eh sempat!)