Showing posts with label menyampah. Show all posts
Showing posts with label menyampah. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

Serius Di Muka, Mengarut Di Sini, Syahdu(?) Di Hati

Amaran: Rating PG13 kerana kegedikan dan karutan melampau.
___________________________________
[Photocredit: workofwonder.blogspot.com]
Hello semuaaaa~~~ Today so nice isn'it ??

Jom kenal saya ...*tulis sambil duduk dengan belakang tegak dan penuh sopan*

*Bongkok balik* Lenguhlah. Jom kenal i sambil muntah. Sapa yang rasa banyak angin dalam perut tu bolehlah muntahkan angin biar makanan dapat dihadam.

Saje je nak kenalkan diri i di alam maya ni. Kat dunia sebenar i takleh gedik macam ni sebab nanti semua orang muntah darah dan tercirit.

Ciri fizikal ialah muka i selalu berkerut. Orang tengok mesti otomatik bengang tanpa sebab walaupun sebabnya ialah stress tengok muka i berkerut. Kalau you all tengok i macam tu janganlah ingat i tensen dengan you all pulak. I takde niat pun nak masam muka dengan you all tau...i concentrate je pun...ade jugak time muka i senyum tapi hati menggelegak Tuhan je yang tau. Hihi. Macam mana ni nanti i tak awet muda sebab muka kedut2..terpaksa la i latih muka i supaya tegang sikit... *sibuk cari selotep dalam laci*
[Photocredit: celotehbudaknerd.blogspot.com]
Iyerr i memang gedik y'all baru tau kerrr?? Ni la design wallpaper rumah i kalau y'all nak tau!
Ala x jumpa la selotep..ugh. Ok takpe kita teruskan sesi berkenalgedik. Ciri tak fizikal ialah i ni split personality. Personaliti i di sini ialah suka mengarut dan melalut. Sebab di sini la tempat i lari sekejap dari stress di alam sebenar (pesal? Tak semayang la tuh dok ngadap PC release stress dari ngadap Tuhan?) Hahaha eyyy jangan cakap gitu ta baik taw. Kat sini i boleh kuarkan energy mengarut i yang terperangkap akibat bermuka serius lebih 8 jam sehari (ala2 tempoh pakai contact lense kan. Mengarut tol i ni).

Hati i syahdu. I salu fefeeling tengok movie dan dengar lagu. Tapi tak suka la fefeeling cerita sedeh atau cerita hantu. Sebab nanti i gedik melampaui batasan sebab terpaksa kontrol nangis atau menjerit secara ayu. Orang nangis Uwaaarghhhwarghwarghh srottt srooott tarik hingus i nangis sob. sob. sob. sampai nak tercabut idung sebab tekap tisu berjuta kali. Gedik macam i kan takleh tarik hingus srrottt sebab huduh. Duh~ tu pun tak tau ker...pastu kalau orang jerit ARRGGGHHGARGARGARkohkohkoh (tengah jerit nyamuk masuk tekak) i takleh buat macam dorang, i kena jerit dengan penuh jelita ala2 Aaahh...eee takott... sambil cover2 muka. Kuku wajib shiny dan liplap sebab bila i cover muka dengan tangan bolehlah menyerlahkan design kuku terbaru i...uh-huhh~~

Sebenarnya i pun konpius kenapa i cakap hati i syahdu...penipu betol. Kuku pun i xde warna tau. Warna kuning je la kekadang bergantung pada hari apa i masak ayam goreng kunyit.

Jangan percaya karutan i okey.

Babaizzzz you all take care see ya~~~ *lambai gedik sambil bosan*
[Photocredit: kronstantinople.blogspot.com]
Inilah kegedikan i yang sebenar tauuu...~
[Photocredit: makeameme.org]
Y'all menyampah x...i pun same..hikhikhikkk~


Saturday, 12 January 2013

Tak Berkesempatan Update...Menyhamphah!

Ye memang menyhamphah...dek kerana telah memulakan kerja baru-baru ini dengan penuh debaran dan getaran dari hujung rambut ke hujung kaki, jadi berkuranglah update blog. Ngantuk datang awal dari biasa (biasa? selama cuti sebulan lebih ni tido macam tido pak guard syif malam). Apapun tanpa bercakap kosong dengan lebih panjang lagi, biar saya bercakap kosong secara 'meletakkan dalam kulit kacang' (put it in a nutshell) dengan menceritakan kejadian yang berlaku hari ini.


Masuk keja half day. (Oh yey~...ingatkan full day)

Membeli belah batu bertangkop. (tidaklah membelah sangat...barang2 yang perlu sahaja) Lenkali kita pergi Boulevard ok ustazah, Nissa & Murni? (heh heh heh)

Sesat sekejap cari jalan. Merujuk map sambil menumpang halaman rumah seorang makcik. (Curiganya dia sampai buat-buat sapu halaman rumah konon-konon tak kisah. Padahal halaman bersih ja tak sapu pun takpa. Mau retak simen porch dia kalau disapu lebih-lebih)

Salah masuk  kat jalan mati. Terjenguk-jenguk ahli rumah paling hujung melihat nasib malang kami. (Ngapa tengok ja dik oii? Mungkin kalau dicas setiap saat yang awak tengok tu bolehla beli baju selai kot)

Makan cikin rice. Balik rumah, makan tomyam. (Tu pun nak bagitau?? Memangla, biar kamu semua tumpang menyhamphah sekali. Sebut betuuul2.......menyhamphah!!!)

Tengok 'Kazaam'. (Sapa tengok? Yelah kau orang layan Jepun, Korea ja...x main la cerita kekanak Disney ni kan kan) Hahahaha tapi sikit ja lepas tu naik bilik ngadap laptop.

Oklah! Sekian sesi cakap kosong pendek2 malam ni! Memangla menyhamphah sebab hati nak berblog tapi mata mula pedih-pedih mintak dilelapkan, katil mula menari hula menggoda-goda supaya tido...kini kegiatan berpeleseran di alam maya ku terencat suda! Tapi walaupun menyhamphah, tetap menulis dengan rela hati~ Adieu!