Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, 12 January 2013

Tak Berkesempatan Update...Menyhamphah!

Ye memang menyhamphah...dek kerana telah memulakan kerja baru-baru ini dengan penuh debaran dan getaran dari hujung rambut ke hujung kaki, jadi berkuranglah update blog. Ngantuk datang awal dari biasa (biasa? selama cuti sebulan lebih ni tido macam tido pak guard syif malam). Apapun tanpa bercakap kosong dengan lebih panjang lagi, biar saya bercakap kosong secara 'meletakkan dalam kulit kacang' (put it in a nutshell) dengan menceritakan kejadian yang berlaku hari ini.


Masuk keja half day. (Oh yey~...ingatkan full day)

Membeli belah batu bertangkop. (tidaklah membelah sangat...barang2 yang perlu sahaja) Lenkali kita pergi Boulevard ok ustazah, Nissa & Murni? (heh heh heh)

Sesat sekejap cari jalan. Merujuk map sambil menumpang halaman rumah seorang makcik. (Curiganya dia sampai buat-buat sapu halaman rumah konon-konon tak kisah. Padahal halaman bersih ja tak sapu pun takpa. Mau retak simen porch dia kalau disapu lebih-lebih)

Salah masuk  kat jalan mati. Terjenguk-jenguk ahli rumah paling hujung melihat nasib malang kami. (Ngapa tengok ja dik oii? Mungkin kalau dicas setiap saat yang awak tengok tu bolehla beli baju selai kot)

Makan cikin rice. Balik rumah, makan tomyam. (Tu pun nak bagitau?? Memangla, biar kamu semua tumpang menyhamphah sekali. Sebut betuuul2.......menyhamphah!!!)

Tengok 'Kazaam'. (Sapa tengok? Yelah kau orang layan Jepun, Korea ja...x main la cerita kekanak Disney ni kan kan) Hahahaha tapi sikit ja lepas tu naik bilik ngadap laptop.

Oklah! Sekian sesi cakap kosong pendek2 malam ni! Memangla menyhamphah sebab hati nak berblog tapi mata mula pedih-pedih mintak dilelapkan, katil mula menari hula menggoda-goda supaya tido...kini kegiatan berpeleseran di alam maya ku terencat suda! Tapi walaupun menyhamphah, tetap menulis dengan rela hati~ Adieu!

Friday, 7 December 2012

Perhatian! Satu Punca Blog Kena Remove...

Hari ni jalan punya jalan di laman web, ada 'tourist guide' (my adek) tunjukkan saya pada satu blog. Beberapa klik kemudian, saya terjumpa satu artikel yang saya rasa patut dishare bersama blogger dan readers sekalian. Satu penyebab blog kene remove...adalah disebabkan link di dalam kotak komen! Ha...biasalah kan kekadang untuk promote blog, kita tinggalkan link di dalam comment box bloggers lain. Ada tau orang yang kena remove blognya...sayanglah kan kalau kena buang, hilanglah segala penat lelah jejari kita bereksesais selama ni. Dan kekadang kita jumpa kat sesetengah blog ada peringatan buat commenters supaya tidak meninggalkan link di ruang komen. Kalau nak tinggalkan link pun, ada caranya. Untuk info yang lebih lanjut, bolehla membaca artikel ini: Blog diremove gara-gara "Link" dalam kotak komen. Blog ni comel, ada banyak info dan tutorial berguna bagi bloggers sekelian. Bolehlah dijadikan panduan. Ditulis oleh seorang Wan. Haha berpantun pulak.

Anyway, just nak berkongsi. Buat Froggie (Fresh Bloggie, hikhik.) cam saya ni, banyak lagi kena belajar...