Friday, 12 September 2014

Yes Your Highness The Mighty Empress Ko Lah Pujaan Hatiku

Aku tengah buat keja. Terkejar-kejar sementara orang lain blur n rilekkkk je...TGIF katakan..xtau TGIF? Thank God It's Friday...hurhurhur. Memang nak anta arini jugaklah keja tu. Wajib! Tapi rupanya ada lg sikit kena tambah. So aku pun terkial2 la buat. Org yang patut tolong hilang sekejap xtau pegi mana. Ok-kayyy xpa masih ada masa.

Baru nak tekun menuju concentrate tahap dewa, aku dipanggil mengadap 'The Empress' (maharani nama diberi beb). Ada org yg stail tak reti bahasa dok kacau dia beberapa hari dah disebabkan benda yang bukan dalam kawalan kitorang. Panas hati la dia pastu bebel memanjang kat aku dan seorang 'dayang' dan seorang 'pengawal istana' yang dia panggil jugak kemudiannya. Sebab kitorg yang bertanggungjwb sediakan benda tu wlpn bukan kitorg yg jd punca isu delay.

Ko bayangkn, ko dhla tengah rushing nk kejar keja ko, ko kena gi ngadap orang n dgr pulak bebelan PAAAAANJAAAANNGG yg DIULANG-ULANG-ULANG-ULANG LEBIH 5 KALI (lebih 10 kali kot gamaknya) dengan suara yang B.I.S.I.N.G G.I.L.A B.A.B.E.N.G.

Eeeeiiiii biiiissssiiinnggg dan nonstop sampai aku rasa nak cabut telinga sendiri. Korang paham tak? Paham tak rasa ni?

Aku angguk dan iyakan yang mana patut. Pastu bagi cadangan tapi dalam dua tiga kali cubaan jugak la baru dpt cakap ayt penuh. Ibarat ko baru cakap sepatah terus kena potong dengan bunyi chainsaw.

Aku : Twi- ...
Chainsaw : BZZEENGGG!!!
Aku : Twi- ...!
Chainsaw : BZZEENGGG BZZEENGGG!!!
Aku : Twink- ...!
Chainsaw : BBZZZZZEEEeeeeEEEEeeeEENNNGGG!!!!!!!!
Aku : Twinkle twinkle little star. (Suara rilek muke ketat mood mendidih)
Chainsaw : Bzeng bzeng bzeng bzeng.

Dan aku biar The Empress membebel lagi sambil menunggu detik sesuai nak blah. Dapat je peluang aku terus memberi ucapan penutup dan bergerak ke pintu. Nampaknya si dayang dgn pengawal istana pun tak sabar nak blah sebab aku start gerak je dorg pn ikut gerak. Kesian si dayang kena stay kejap untuk dengar amanat bermutiara kata extra dari The Empress manakala aku terus sambung keja aku dengan tahap keasidan pH 0.5 dan kekerasan muka tahap muka yang direndam n kering dalam konkrit. Kalo senyum pun muka tetap nampak macam Ju-On kot.

Dalam keadaan tersepit cuma boleh kata yes, ok, maybe, what about...The Empress bebel panjang gitu ada satu perkataan yang aku ingiiiinnnnn sangat nak sebut tapi tak mampu. 

Iaitu SHADDAP.

Adat kuli la katakan mana boleh lawan tokey...aku sedar gak aku ni cetek ilmu.

Yes Your Highness The Mighty Empress Kaulah Pujaan Hatiku. Anything u say i will listen listen listen.

Sobsob.

My Illusions, My Temporary Wings

  Let these illusions last forever  
  Envelope me in the mirage  
  Carry me into the furthest unknown  
  Bind me willingly in these lies  
  I'll stand on the edge of danger  
  Lulled into deadly calm  
  Wondering about my direction  
  Feeling jittery with each step  
  The wheels are turning with me on it  
  Up i go then down below  
  Holding onto things i don't know  
  But this illusion keeps me alive  
  Face smiling over the water  
  Hands and feet kicking furiously under  
  Until the day they touch land  
  It will then come to an end  
  And i'll be thankful  
  For the hope and faith in me  
  As flimsy and wavering as they can appear to be  
  They are always there rooted for me  
  Keep me grounded in my surreal life  
  But right now  
  Let me live my illusions  
  My temporary wings that let me fly  
  Recovering my spirit  
  Time and again.   

Wednesday, 10 September 2014

Kucim Gila Tapi Shomel

Kau bukak pintu ni sekarang kalau tak...!!! katanya.
 Pagi2 bising terngiau2 nak mintak keluar dari sangkar. Kecian...sapa suruh lari2 dalam bilik mcm meroyan malam2 buta? Haha...nasibla kamu sbb tuan kamu xde banglo sendiri lg...apakan daya kita mnyewalah... *seluk poket tarik keluar, hanya debu2 halus yang berterbangan ke langit nan biru* 

Model kain batik. (Kalo dengar je and x tengok gamba mesti korang x sangka kan iklan dia macam ni.)
Model wood flooring.

Eh $$$ saya memang berjuta-juta tapi bos simpankan dulu and bagi sikit2 tiap2 bulan...kesiankan duit kene catu macam tu? Baik kan bos saya? (Bodek sikit takut hujung bulan orang pakat ramai2 gi ATM withdraw $$$ tapi aku pulak kena withdraw rumput dari tanah depan rumah buat sup...) Wakakakakakaka~~~

Eksesais panjangkan badan sebab dia si ketot walaupun tak gemot.
 Dasar kucing yang memang suka memanjat cukup menggeletek tapi selalunya menggelegakkan hati. Cuba ko suruh dia lawan Edward Cullen panjat pokok kompommm...! ....kucing yang kalah hahaha sebab Edward kan terer.......(ayat stail taknak kena bash oleh peminat Twilight) 
Ecece ada kucing dalam taman. Pose bajet hensem.
 Tapi paling hebat sekali si gemot putih tu penah main ala2 high jump pastu tau2 melekat kat selak pintu yg saiz kecik tu. Yang saiz kecik tu...... dengan badan nya yg gemot 5 kg mcm mana dia boleh paut kat benda alah tu? (ce kome baling kampit beras 5kg kt pintu tengok dia melekat tak? Tak kan? Begitulah adanya kebengongan logika pikiranku ini)

(Photocredit: www.chancelucky.blogspot.com]
Macam ni gamaknya si gemot melompat. Tapi gemot ni orang lain yang punya ok.
Perasan spiderman gamaknya...buat magic plak. Dasar kucim lawan tokey, mentang2 tuan kamu hari2 capai selak tu tapi tak bagi kamu keluar kan?? Ntah2 dia sendiri pun terkejut, camana la aku boleh melekat kat sini. Dahla 24/7 bela Edward Scissorhands kt badan. Bulunya walaupun mulus sentiasa mnggugurkan diri sehingga bilikku ala2 *bersalji* haha. Pekata cukur je kucim ini? *fikiran jahat*
Kamu yang kat belakang tu anak dara mithali la duduk macam tu? #comel (Korang hashtag sana sini 24/7 aku pun nak hashtag jugak *hashtag yang xde effect*)

Pendek kata nama pun kucing...semua pun like a boss haha. Nasib baik shomel!!!





~Pesanan Penaja: Janganlah bersikap kejam mendera makhluk berbulus mulus tulus ini sekian TQ.~